Saturday, 15 October 2016

SULTAN MUHAMMAD V DIPILIH AGONG KE 15



Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong V mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Manakala Sultan Perak dipilih sebagai Timbalan Yang di -Pertuan Agong


Friday, 14 October 2016

RAUB KE FINAL PIALA KDYMM SULTAN PAHANG 2016


Dua pasukan dari kumpulan A menempah tempat ke perlawanan akhir setelah menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir Piala KDYMM Sultan Pahang 2016 yang masing- masing berlangsung di Muadzam Shah dan Temerloh pada semalam.
Muadzam Shah yang bergelar juara kumpulan A tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Juara tahun lalu Jerantut dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan di Padang A, Bandar Muadzam Shah.

Membawa bekalan yang tipis 4-3 dari tempat lawan tidak menggusarkan Muadzam Shah yang terus mencari bekalan selesa untuk menang hasil jaringan Mahd Amirul dan Mohd Khairul manakala Jerantut cuba menyamakan kedudukan namun hanya berpuas hati dengan satu jaringan dari Mohd Jamilul Asraf.
Dalam satu lagi separuh akhir yang berlangsung pada sebelah malam di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, pasukan tuan rumah kecewa lagi untuk ke perlawanan akhir setelah gagal pada sebelum ini di Liga Bolasepak Rakyat (LBR) setelah tewas pada Kuching.
Kali ini, jaringan Zaiful Zakwan pada separuh masa pertama menjadi pemusnah buat Temerloh apabila tandukannya membawa Raub ke pentas final setelah kecewa dalam percubaan pada tahun sebelumnya di tangan Muadzam Shah.
Pada perlawanan separuh akhir yang pertama sebelum ini, Raub dan Temerloh terikat dengan keputusan 1-1 menyaksikan kelebihan kepada Temerloh yang berjaya menjaringkan gol di tempat lawan.
Tetapi episod malang semasa LBR seakaan-akan berulang apabila kelebihan itu gagal dimanfaatkan dengan sepenuhnya apabila sekali lagi tewas kepada pasukan pelawat secara argregat.
Perlawanan akhir Piala KDWMM Sultan Pahang 2016 ini yang dianjurkan sempena meraikan keputeraan baginda Sultan akan dijalankan pada 15 Oktober ini di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada jam 8.45 malam
sumber : http://www.tokgajah.com/2016/10/13/muadzam-shah-dan-raub-tempah-pentas-akhir/
final 15 Oktober 2016
Raub vs Muadzam Shah
Stadium MP Temerloh
8.45 malam